Nuffnang Ads

Tuesday, January 20, 2009

Setenang Air Di Lautan

.
.


Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; [1]
.
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [2]

*Surah Al-Mulk, ayat [1] dan [2]



Saya ingin menzahirkan rasa syukur kepada-Nya atas rasa ketenangan yang dikurniakan-Nya kepada saya kerana perkara-perkara berikut :-


1. Saya sungguh tenang di pejabat kala ini walaupun terdapat banyak kerja yang perlu diselesaikan. Mungkin kerana Boss saya tiada, jadi saya tenang-tenang sahaja membuat kerja. Ngee.

2. Saya merasa sungguh tenang (dan bersyukur) kerana nenek kepada Suami saya telah selamat menjalani pembedahan mata semalam dan dalam proses recovering.

3. Saya merasa sungguh tenang (dan bersyukur) selepas melepasi trimester pertama proses kehamilan pertama ini. Sungguh tenang dan rasa sihat sekarang!

4. Saya terlintas mahu makan jeruk kedondong tapi satu pun tidak menepati rasa saya setelah mencari yang original seperti yang saya telah makan 2 bulan yang lalu. Sehinggalah saya ke kedai berhampiran rumah untuk membeli kuih, saya telah menemuinya. Sebijik rasa! Suka! Alhamdulillah!

5. Saya tenang sekali bila mengingatkan suatu perkara besar yang telah mencapai kata sepakat. Saya hanya menunggu dan menghitung hari sekarang. Mengingatinya sudah membuatkan saya merasa gembira, apatah lagi mahu menghadapinya kelak. Saya percaya dengan doa dan restu kedua ibu bapa kami (khususnya), saya dan Suami telah membuat pilihan yang tepat.

6. Owh tentulah saya merasa gembira dan tenang bila mahu pergi bercuti (lagi) bersama Suami tersayang ke destinasi yang membuatkan kami bergelar jutawan sekarang. Heh!


Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya zahirkan rasa syukur ini, tapi cukuplah setakat ini dan sekadar mengisi ruangan kosong di blog ini.
.

No comments :