Nuffnang Ads

Thursday, February 5, 2009

16 Facts (TAG)

.
I've been tagged by Marliza. Thanks, and here it goes :-
.
[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this].

1. 16 Facts? Fakta pertama : Wow, banyak nya! Harap anda semua sabar membaca sehingga penghabisannya. Heh.

2. Saya baru sahaja (secara tidak sengaja) terlihat Personal Assistant saya immitated someone who called our office just now. Ada la tu yang menjengkelkan dia. Haha!

3. Bos saya pergi meeting, jadi saya boleh membuat tag ini. Hihi. Eih, jangan salah faham, kerja saya tetap berjalan lancar dan sementelah hari ini hari Khamis, I have to clear up things supaya tak serabut kepala bila masuk kerja selepas weekend ini.

4. Saya suka kerja saya (yang kadangkala menyesakkan nafas kejar dateline, memeningkan kepala menyiapkan documents, menyakitkan hati bila Client dan/atau Banker yang tak faham bahasa dan meresahkan bila asyik teringat sesuatu perkara pabila mahu tidur atau baru sahaja bangun dari tidur. Eugh). Mencabar tapi saya suka!

5. Saya sungguh selesa berada di pejabat saya ini. Segala-galanya membuatkan saya gembira, dari Bos yang amat sangat baik hati, rakan kerja yang cool, Personal Assistant yang sungguh rajin, waktu kerja yang flexible (untuk saya la sebab saya boleh datang lambat dan balik awal [note : jika mahu dan jika ada emergency atau rasa tak sehat]), bilik saya yang best etc. Banyak la nak senaraikan!

6. Jarak dari rumah saya ke office saya lebih kurang 15-20 minit (read : tanpa traffic jam dan tanpa tol, indah kan?) dan kami disediakan parking khas berbumbung (separuh dari harga parking khas bulanan ditanggung oleh office saya), jadi sekarang tak perlu berebut parking.

7. Saya perlu bekerja dengan ditemani muzik. Keyword di sini adalah “Perlu”. Heheh.

8. Saya telefon Umi saya setiap hari walaupun bertemu mata setiap hari dengannya. Dari office pun saya call. Pendek kata saya amat rapat dengan Umi saya. Bangun pagi (jika tidak berada di rumah Mertua), kami akan berborak, semasa breakfast borak lagi, di waktu kerja pun borak di telefon, pulang dari kerja juga borak, pada masa minum petang, makan malam, tengah tengok TV dan sebelum tidur. Hihih.

9. Suami saya tergolong dalam kriteria lelaki pilihan saya. Syukurlah Allah menemukan saya dengannya dan ada jodoh antara kami.

10. Saya pernah jadi ‘cupid’ untuk sahabat saya, Linda & Zulus. Hehe. Dan untuk Zmah & Bon. Heh. Pendek kata sahabat-sahabat saya berkahwin dengan rakan-rakan lelaki saya juga (yang saya kenal dan rapat dari zaman Matriks lagi).

11. Saya tak suka lah tandas yang kotor, bilik yang bersepah, almari yang tak tersusun. Saya suka berkemas dan senang hati tengok benda-benda tersusun, teratur dan kemas.

12. Saya tak boleh pakai sebarang perhiasan yang tak original for instance jam tangan cop Petaling Street. Nanti kulit saya gatal-gatal dan naik ruam merah. Begitu juga bracelet, earings, necklace, rings yang tidak disadur emas atau white gold yang tak original. Tidak, saya tidak demanding, tapi apa saya boleh buat? Anda hanya akan melihat saya memakai barangan kemas dan jam yang original sahaja (walaupun hati saya kadang-kadang mahu juga pakai perhiasan yang simple2 buatannya dan harga tak mahal sangat). Heh.

13. Saya tidak berani ingkar kata-kata Umi saya sebab Umi ada feeling yang sangat kuat. Pernah suatu ketika, saya mahu ke pertunangan kawan baik saya tapi Umi keberatan mahu benarkan saya pergi. Saya dapati pertunangan kawan baik saya itu postpone kerana banjir. Kalau lah saya keras hati dan pergi jua, pasti saya terperangkap dalam banjir.

14. Suami saya itu sangat pandai memujuk kalau saya merajuk. Ngee. (Saya sayang dia sangat-sangat!)

15. Bagi setiap kelas, persatuan, kelab atau apa-apa seangkatannya yang saya ceburi, saya akan dilantik jadi Bendahari. Nasib kat office ni dah ada kerani akaun, kalo tak, saya jugak yang kena agaknya. Haha!

16. Saya kerap mimpi buruk pasal result exam semasa di UiTM but thank God, it turned out that I did well. Alhamdulillah!
.
And I am tagging Hubby, Masz, Lion3ss, Nana, Amrul, Che Yam, and sesiapa yang ingin buat lah! Silakan.
.


No comments :