Nuffnang Ads

Thursday, April 2, 2015

Bekal Anak-anak



Favourite anak-anak saya. Bawa tiap-tiap hari pun tak apa. Hihi.
Nasi goreng udang, carrot dan telur, fruits dan vitamin.
Dimasak dengan penuh kasih sayang dari seorang yang bergelar ibu.

Ya Latiff, Ya Latiff, Ya Latiff.
*Updated:

Khayra told me inside the car right after I fetched her from daycare on Thursday :

Khayra: Ibu, masa recess tadi, teacher cakap – “Your mummy is very good!”
Me      : (Smile) Teacher tengok bekal Khayra ke?
Khayra: Yup, dia cakap – “Your mummy gives you healthy food, fruits and oh, chocolate!” 
(she was referring to the chewable Vitamins C)
Me      : Haha, chocolate? Khayra tak cakap that they are actually vitamins?
Khayra: Tak. Next time, Khayra explain, OK Ibu?

It really made my day, Mrs. Wong! :D


Wednesday, April 1, 2015

Weekend With Besties - KT Trip 2015

Friends are like stars; they come and go, but the ones that stay are the ones that glow

Pagi Jumaat (27.03.2015) saya dimulakan dengan whatsapp messages dari Linda dan Zmah yang memaklumkan lokasi mereka sepanjang perjalananan dari KL / Putrajaya ke KT.

Kami still hantar Khayra pergi kelas mengaji as usual sebab dah target diorang akan sampai around tengah hari. So they called Hazri masa dah nak dekat sampai (around 11.00am – diorang pecut dekat highway dan tak ada kereta sangat), waktu tu Hazri tengah fetch Khayra dari kelas mengaji dan diorang sampai 5 minit awal kat rumah dari Hazri. Hehe. Lepas dah borak-borak sekejap, kami had an early lunch kat rumah je (kami sediakan lunch – nasi ayam, keropok lekor dan dessert) dan lepas tu continue borak-borak lagi since hotel diorang belum ready nak check in. Around 12.30 diorang proceed untuk check in kat Intan Beach Resort, tapau some nasi ayam for the kids in case lapar lagi kat hotel dan Hazri went for solat Jumaat dan saya mengemas dapur. Oh, waktu nak balik, Hana tak nak balik sebab nak stay kat bilik Khayra, suka tengok buku dan toys katanya. Hehe.


Kami janji nak keluar around 4.00pm untuk ke Teluk Ketapang, tapi diorang letih sangat so pukul 5.00pm baru jumpa kat Petron atas Jambatan Sultan Mahmud untuk ke Teluk Ketapang. Sesi makan segala seafood celup tepung dan keropok lekor serta air nyiur dan ABC. Lepas tu ke pantai untuk poney rides, main bubbles and kites.



Malam kitorang just rest sebab esoknya nak bangun awal untuk aktiviti ke Pulau Kapas.

Kami keluar seawal jam 7.40 pagi (Sabtu / 28.03.2015) (saya dan suami dah siap tapaukan nasi minyak Terengganu untuk bekal ke pulau) dan on the way ke jeti, singgah beli nasi dagang Mok Ngoh, keropok lekor, nasi lemak dan bihun – memang party makanan diorang ni. Haha. Dah pre-booked boat dengan Suria Link – boat dijadualkan jam 9.00pagi. Since kami sampai awal, Encik Zakaria tu cakap dah boleh gerak terus, so lepas bayar parking (day rate RM4.00 / overnight RM7.00), kami terus ke jeti dan naik boat. Driver boat kami nama Abang Mi. Boat rides fare – dewasa RM40 return, kanak-kanak RM20 return. Tapi dia bagi diskaun kanak-kanak RM10 je lepas tanya pasal diskaun. Hehe. Waktu nak bertolak tu dah siap janji nak balik pukul 12.00 dengan Encik Zakaria, so dia kata OK. Tapi sebenarnya jadual boat tak ada pun pukul 12.00 tapi dia ikut je kehendak dan program kami. Senang berurusan dengan dia, Alhamdulillah.





Memula naik boat, memang menjerit jugak sebab tak sangka macam tu, terumbang-ambing dipukul ombak besar. Takut pun ada. Hehe. Maafkanlah kami ni, nama je orang Terengganu, satu pulau pun tak pernah pergi (Hazri pernah pergi long time ago).Tapi my kids seronok dan tak takut langsung. Happy tengok diorang happy. Boat rides to Pulau Kapas around 20 minutes so sampai sana terus bentang alas. Bebudak dah tak sabar nak main air dan pasir. So the rest of the day kat Pulau Kapas kami main air, buat sand castle, makan-makan, borak-borak, ambik gambar etc. Kebetulan jumpa Athirah, student practical firm kami dulu, so terus minta dia jadi photographer, maka adalah gambar semua orang. Yeay!


Around 11 something, kami dah stop segala aktiviti then pergi shower dan salin baju semua dan tunggu boat sambil makan kudapan yang ada. Boat datang around 12 something dan terus balik ke jeti. Bila balik ni rasa kejap je pulak naik bot.

Sampai dijeti, kami pergi lunch kat Asia Signature dan lepas tu kaum ibu ke Pasar Payang untuk shopping spree dan kaum abah dan anak-anak balik rumah / hotel untuk berehat. Kiranya petang tu saya jadi driver bawa diorang berdua ke Pasar Payang. Lepas hantar semula ke hotel, saya balik rumah dan tadaaaa – Hazri dah siap basuh dan jemur semua baju-baju. Alhamdulillah. Thank you, Suami! *loveyou*

Malam kami booking dinner kat restoren Katana je sebab dekat dan memandangkan Khayra sekolah hari Ahad, tak nak lambat sangat tidur. Diorang datang lepas Maghrib so sempatlah jumpa Mama dan Abah juga. Around 9.30pm dah gerak balik dan diorang ke Losong cari keropok lekor.

Pagi Ahad after dah hantar anak-anak ke school, saya dan Hazri jumpa diorang kat Kak Pah untuk breakfast together and saying goodbye.

That’s the end of our #weekendwithbesties trip to Kuala Terengganu pada tahun 2015. InsyaAllah more to come.

Until now, kami still deal with the withdrawal syndrome (dan sakit badan). Haha! Love you, guys! :D


Thursday, March 26, 2015

Besties

Sebenarnya jasad saya je ni ada kat office. Fikiran dengan hati tertinggal kat rumah dah. Hahaha. Khamis, kan – ada mood nak welcoming weekend dah. Hewhewhew.

Hubs went to KL yesterday – kan sekarang LPT 2 dah buka so kalau driving berkadaran biasa, 4 jam dah boleh sampai jadinya dah dekat pergi KL tu macam dah jadi perkara biasa je. Siap pernah driving pagi dan balik malam - seharian je kat KL nun. Harini ada kes kat CoA, assist Dato’ Boss dan terus balik KT sebab esok kengkawan kami nak datang konvoi dari KL.

Itulah sebab utama mood saya ke laut dah hari ini. Excited sangat for another #weekendwithbesties! *lompat bintang*

Excited sangat sebab dah plan macam-macam kan. Dah foresee dapat 3 hari yang best sebab dapat spend quality time with your best friends and boleh foresee juga akan ada withdrawal syndrome nanti. Tsk T_________T Tak apa, kita enjoy dulu! >_<

Oh ya, ini kawan-kawan saya yang sama-sama belajar di UiTM dulu. Sama kelas, sama rumah sewa, sama firm masa ambil LLB Hons., sama-sama duduk hostel Blok Delima, sama-sama outing cari barang, tengok movie, datings, buat kerja gila, study group, gossip, berkejar beli makanan pagi-pagi kat Abang Mat, sama-sama plan masuk aktiviti, sama-sama masak, sama-sama kongsi susah dan senang, homesick and the list goes on. Pendek kata kami rapat sangat dari memula masuk UiTM (tahun 2000) tu. Antara rakan-rakan yang paling awal kita kenali dan baik macam adik-beradik dah. Dah kenal family, mak ayah masing-masing dan selalu lah bertanya khabar sampai sekarang. Kalau saya gi KL lama sikit, memang curi masa nak jumpa dengan diorang ni.

So here they are :


Linda dan Zmah

Now that kami dah berkahwin pun kita still keep in touch – everyday. Yang paling best, kami berkahwin dengan classmates sendiri jugak! Bahahahah. Maknanya kami semua kenal husband masing-masing yang terdiri daripada kawan-kawan kami juga masa belajar (dan zaman bercinta dulu) dulu. So memang meriah kalau jumpa.

Our firstborn – lahir pada tahun sama, tahun 2009: Khayra (1 Julai), Wijdan (29 Julai) dan Hana (19 August). Kami kerap juga bawa anak-anak kami outing sama-sama macam pergi Zoo Negara dan terbaru pergi Bukit Gambang Resort City (BGRC). Anak kedua kami pun lahir dekat-dekat kalau ikut bulan tak jauh sangat, cuma Hafiya tahun berbeza dari Naurah dan Hani.


Our firstborn – Khayra, Hana dan Wijdan (di BGRC – Oktober lalu)

Alkisahnya kami dulu kan housemates, firm mates and classmates, so banyaklah cerita kami boleh ulang-ulang sampai lebam sebab semua ada pada kenangan yang sama. Masa dating pun, boyfriend masa tu (suami sekarang) pun tolong juga kalau salah sorang dari kami ada kesulitan. Yang saya ingat, masa bulan puasa, Zul (dulu-boyfriend-sekarang-suami Linda) pernah tolong tapaukan makanan berbuka untuk kami bertiga. Hahaha. Pastu Hazri (dulu-boyfriend-sekarang-suami saya) pernah tumpangkan kami bertiga kalau nak gi mana-mana dan bab tukar notes memang champion. Hehe. Bon (dulu-boyfriend-sekarang-suami Zmah) pun sama macam tu.

Diorang dah pernah buat trip ke KT tahun 2011 – masa tu baru anak seorang. Saya pernah tulis kegembiraan saya di sini dan di sini. So bawa pergi berkelah kat Air Terjun Sekayu, bawa makan-makan sekitar KT dan lain-lain. Lepas tu masa nak balik ke KL, kereta Linda dan Zul ada problem menyebabkan diorang kena stay longer kat rumah saya sampai seminggu! Hahaha. Masa tu lagi best sebab malam-malam boleh berborak sakan sampai midnight, keluar makan ramai-ramai, tengok DVD movie dan paling best adalah Linda siap masak untuk kami – balik kerja je tadaaa – dinner was served! Hehe.

So tahulah betapa saya excited sekarang nak tunggu mereka sampai esok pagi! :)


Wednesday, March 25, 2015

Sisters


I hope they will become best friends forever till Jannah. I have no sisters as I am the only daughter in the family and by seeing this, I am so happy that they will have each other to gossips, to share the same hobbies, to talk about their activities, to plan any girls day out together and the list goes on – like what I always wish if I have a sister. Tehehehe.

See, how Hafiya will imitate apa sahaja yang Kakak Khayra buat.

Ibu doakan kasih sayang yang berpanjangan dalam hubungan adik beradik ini. Amin.

Khayra and Hafiya, we love you so much!


Thursday, March 19, 2015

Working Mom Dilemma #1

School holidays | KL trip – LPT 2 | AGM Malaysian Bar | Hotel stay – shopping day | Kids and cousins day out | Planning for #weekendwithbesties | Clay class – school holiday project | Work commitments – new and urgent cases |

Summary of our activities for this week.

Thank God, tomorrow is F-R-I-D-A-Y! :)


*I just wanna hug my babies all day long* 
#workingmomdilemma 


Wednesday, March 11, 2015

Koleksi Bekal, Bento dan Food Art



Koleksi Bekal / Bento dan Food Art untuk anak-anak tersayang, 
Khayra dan Hafiya :)


Tuesday, March 10, 2015

20 Years of Love and Friendship : Srikandi 959


Most of us are still having the withdrawals syndrome – kesan Srikandi 959 Family Day sempena 20 tahun persahabatan dari Tingkatan 1 yang diadakan di The Kabin, Jeram, Kuala Selangor on 7th - 8th March, 2015.

Terima kasih untuk semua AJK yang bertugas dan memastikan perjalanan event ini berjaya. Thank you to my dormmates; Masz dan Ayin (serta Kasih yang comel) yang layan berborak sehingga 1.30 pagi.

Masih lagi tidur senyum kesan dari hujung minggu yang awesome, spending time with friends from secondary school; kawan-kawan yang sama-sama membesar, homesick together, stayed up until late at night, outings 11 kali setahun, larangan pijak rumput, fire drills, sukantara, qiamullail, kuliah subuh, sport’s day, class and dorm party, formal dinner yang wajib bawa fork and spoon, segala toings dan SMJM, round compound before berbuka puasa, tadarus beramai-ramai, tengok Jejak Rasul dibulan puasa, laung nama from block to block, senaman pagi, event Sumbangsih, bergegas ke KOOP untuk beli makanan after prep, bangun pagi awal demi nasi lemak yang super sedap masa weekend, dan banyak lagi kenangan bersama dan insyaAllah akan dikenang sampai bila-bila.

Thank you girls, for the memories.
*peluk ketat-ketat* #STF959

*Special thanks : Terima kasih kepada Encik Suami tersayang yang menjaga anak-anak dirumah dan izinkan isterinya ini ke reunion dan menjadi kanak-kanak Ribena berusia 13 tahun semula. Hiks. Love you!



Photo credit to : Sanaa / Umi Farihah


Sunday, March 8, 2015

Wedding Anniversary - We Are 7!

Alhamdulillah, another year has passed and today is our 7th wedding anniversary.

Alhamdulillah untuk segalanya, terima kasih ya Allah untuk dua orang puteri yang hadir mewarnai hidup kami, segala rezeki yang Engkau kurniakan, segala dugaan yang kami mampu tempuhi bersama, rahmat-rahmat yang Engkau limpahi dan nikmat berkasih sayang dalam hati kami.

Izinkan kami terus hormat menghormati dan kasih mengasihi selamanya dan semoga ditetapkan iman kami kepada-Mu Ya Allah buat selama-lamanya. Amin.

Happy 7th anniversary, my Love!


Hagia Sophia, Istanbul, Turkey


Blue Mosque, Istanbul, Turkey


Sunday, March 1, 2015

Hair Cut and Weekend


Hafiya had her hair cut during last Friday with the same hairdresser since she was a baby and the same applied to her Kakak.

Left – before she had her hair cut.
Had to bring flash cards to ensure that she will sit still during the process. Phewww.

Right – after she was having her haircut with Aunty.
They called the hairdresser as “Aunty” – a nice lady yang akan melayan kerenah anak-anak, the reason why my little girls suka sangat having their hair cuts with her.

Khayra sang Gong Xi Fa Chai song to Aunty – bahahaha. Aunty said, “Very good! She sings it very well and got all the pronunciation right!” *showed thumbs up*

We spent 2 days at my parents’ house over the weekend as hubby was away for an outstation court case.

The best part was when my mom, the kids and I slept at the living room together because we had gossip session until midnight.

It was fun to stay overnights at my parents’ once in a while (despite the weekly or twice a week visits and everyday phone calls) – the place where my heart belongs. Always.

Love Your Parents. We Are So Busy Growing Up, We Often Forget They Also Growing Old.


Thursday, February 26, 2015

Heartbreaking

I just watched a clip video (duration of the video is about 2 minutes plus) on FB where a toddler boy has been forced to take his medicine by a caretaker.

-
-
-
-
-

Heartbreaking! :(

Nangis dalam hati bila ada isu begini terhadap kanak-kanak. Kenapa tak boleh jaga dengan ikhlas? Kenapa sanggup buat begitu? They are still not understand. They are your responsibility within your working hours, amanah ibubapa untuk si pengasuh. Akal diorang pun tak sampai lagi pemikiran macam kita yang dewasa ini. They need love, they need us to guide them, they need attention. Kalau they refuse to take the medicine, pujuklah cara yang baik. Jangan dibuat sebegitu rupa. I choose not to elaborate sebab saya tiada ditempat kejadian, I just can interpret based on what I see. Tapi luluhlah hati bila melihat cara sebegitu dibuat kepada anak kecil.

I am a full time working mom. I have both of my parents and parents in laws yang duduk dekat but my husband and I choose to send our kids to daycare sebab tanak susahkan parents. We want our parents to have their own sweet time, ada masa untuk tambah ibadah dan ada masa for themselves sebab dulu diorang dah jaga dan besarkan kita adik beradik. It is not an easy task, now kita tahulah macam mana payahnya nak besarkan anak-anak dan kita boleh rasai apa yang parents dah lalui dulu.

Betul, we always want the best for our kids. Ada orang yang sanggup berhenti kerja, ada yang sanggup berbelanja tinggi untuk kos jagaan anak, ada yang sanggup ulang-alik jumpa anak seminggu sekali sebab anak-anak diletak di bawah jagaan ibubapa yang berada di luar daerah. Masing-masing ada preference yang dah ditimbang tara. So please, save your comments and stop judging people. We are not in their shoes, jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Rezeki kita berbeza dan Allah dah tetapkan ikut kemampuan kita, insyaAllah.

Jangan lupa bekalkan doa untuk ibubapa, anak-anak dan keluarga – semoga Allah melindungi kita semua dan semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Hanya doa senjata utama kita. Berdoalah dan jaga hubungan dengan Allah.

Sebenarnya saya still sedih, hancur hati tengok video tu tadi. Ni dah tahap membebel tak tentu hala. Kecamuk ni rasa hati. Down pulak sikit rasa. Saya bersyukur sebenarnya ada bos yang cukup baik dan memahami. Kalau anak sakit, boss memang orang yang paling faham. Itu pun rezeki juga, kan – dapat boss baik.

Haihh, dah nak masuk bulan Mac pun kan. Cepat betul masa berlalu. Banyak events yang direncanakan dalam bulan Mac ini. OKlah, sampai ketemu lagi. I am still sad. Tsk :/