Friends
are like stars; they come and go, but the ones that stay are the ones that glow
Pagi Jumaat (27.03.2015) saya dimulakan
dengan whatsapp messages dari Linda dan Zmah yang memaklumkan lokasi mereka sepanjang
perjalananan dari KL / Putrajaya ke KT.
Kami still hantar Khayra
pergi kelas mengaji as usual sebab dah target diorang akan sampai around tengah
hari. So they called Hazri masa dah nak dekat sampai (around 11.00am – diorang pecut
dekat highway dan tak ada kereta sangat), waktu tu Hazri tengah fetch Khayra
dari kelas mengaji dan diorang sampai 5 minit awal kat rumah dari Hazri. Hehe. Lepas
dah borak-borak sekejap, kami had an early lunch kat rumah je (kami sediakan
lunch – nasi ayam, keropok lekor dan dessert) dan lepas tu continue borak-borak
lagi since hotel diorang belum ready nak check in. Around 12.30 diorang proceed
untuk check in kat Intan Beach Resort, tapau some nasi ayam for the kids in
case lapar lagi kat hotel dan Hazri went for solat Jumaat dan saya mengemas
dapur. Oh, waktu nak balik, Hana tak nak balik sebab nak stay kat bilik Khayra,
suka tengok buku dan toys katanya. Hehe.
Kami janji nak keluar
around 4.00pm untuk ke Teluk Ketapang, tapi diorang letih sangat so pukul
5.00pm baru jumpa kat Petron atas Jambatan Sultan Mahmud untuk ke Teluk
Ketapang. Sesi makan segala seafood celup tepung dan keropok lekor serta air
nyiur dan ABC. Lepas tu ke pantai untuk poney rides, main bubbles and kites.
Malam kitorang just rest
sebab esoknya nak bangun awal untuk aktiviti ke Pulau Kapas.
Kami keluar seawal jam
7.40 pagi (Sabtu / 28.03.2015) (saya dan suami dah siap tapaukan nasi minyak Terengganu untuk bekal
ke pulau) dan on the way ke jeti, singgah beli nasi dagang Mok Ngoh, keropok
lekor, nasi lemak dan bihun – memang party makanan diorang ni. Haha. Dah
pre-booked boat dengan Suria Link – boat dijadualkan jam 9.00pagi. Since kami
sampai awal, Encik Zakaria tu cakap dah boleh gerak terus, so lepas bayar
parking (day rate RM4.00 / overnight RM7.00), kami terus ke jeti dan naik boat.
Driver boat kami nama Abang Mi. Boat rides fare – dewasa RM40 return, kanak-kanak
RM20 return. Tapi dia bagi diskaun kanak-kanak RM10 je lepas tanya pasal
diskaun. Hehe. Waktu nak bertolak tu dah siap janji nak balik pukul 12.00
dengan Encik Zakaria, so dia kata OK. Tapi sebenarnya jadual boat tak ada pun
pukul 12.00 tapi dia ikut je kehendak dan program kami. Senang berurusan dengan
dia, Alhamdulillah.
Memula naik boat, memang
menjerit jugak sebab tak sangka macam tu, terumbang-ambing dipukul ombak besar.
Takut pun ada. Hehe. Maafkanlah kami ni, nama je orang Terengganu, satu pulau
pun tak pernah pergi (Hazri pernah pergi long time ago).Tapi my kids seronok
dan tak takut langsung. Happy tengok diorang happy. Boat rides to Pulau Kapas
around 20 minutes so sampai sana terus bentang alas. Bebudak dah tak sabar nak
main air dan pasir. So the rest of the day kat Pulau Kapas kami main air, buat
sand castle, makan-makan, borak-borak, ambik gambar etc. Kebetulan jumpa
Athirah, student practical firm kami dulu, so terus minta dia jadi photographer,
maka adalah gambar semua orang. Yeay!
Around 11 something, kami
dah stop segala aktiviti then pergi shower dan salin baju semua dan tunggu boat
sambil makan kudapan yang ada. Boat datang around 12 something dan terus balik
ke jeti. Bila balik ni rasa kejap je pulak naik bot.
Sampai dijeti, kami pergi lunch
kat Asia Signature dan lepas tu kaum ibu ke Pasar Payang untuk shopping spree
dan kaum abah dan anak-anak balik rumah / hotel untuk berehat. Kiranya petang
tu saya jadi driver bawa diorang berdua ke Pasar Payang. Lepas hantar semula ke
hotel, saya balik rumah dan tadaaaa – Hazri dah siap basuh dan jemur semua baju-baju.
Alhamdulillah. Thank you, Suami! *loveyou*
Malam kami booking dinner
kat restoren Katana je sebab dekat dan memandangkan Khayra sekolah hari Ahad,
tak nak lambat sangat tidur. Diorang datang lepas Maghrib so sempatlah jumpa
Mama dan Abah juga. Around 9.30pm dah gerak balik dan diorang ke Losong cari
keropok lekor.
Pagi Ahad after dah hantar
anak-anak ke school, saya dan Hazri jumpa diorang kat Kak Pah untuk breakfast together
and saying goodbye.
That’s the end of our
#weekendwithbesties trip to Kuala Terengganu pada tahun 2015. InsyaAllah more
to come.
Until now, kami still deal with the withdrawal syndrome (dan sakit badan). Haha! Love you, guys! :D
1 comment :
weehuuuuuu...best sangat spent quality time kat KT...rindu balik..tsk..tsk
Post a Comment