Nuffnang Ads

Thursday, January 29, 2009

Holiday Blues

.

Yes, it is 2 months earlier (from our 1st Anniversary, the earlier plan is to travel on our 1st Anniversary). But then who cares? Haha. How time flies kan? Saya sangat berterima kasih kepada-Nya kerana masih diberi kesempatan untuk bercuti bersama Suami and I just felt that it was just a perfect timing! If in next 2 months, I would be restricted to fly away as our baby would grow bigger by that time [which I cant wait!]. Ngee.


We managed to spend 4 days and 3 nights during the long holidays (23rd January, 2009 - 26th January, 2009 i.e. CNY) at The Batavia Hotel, Jakarta which is located near to Mangga Dua Shopping Mall and Pluit Mall. The details are as follows :-


Day 1

1.40 p.m (Malaysia Time) : From LCCT to Soekarno-Hatta Jakarta Airport. It was 2 hours flight from KL and we were lucky to arrive 15 minutes earlier than the scheduled time.


2.00 p.m (Jakarta Time / 3.00 p.m Malaysia Time) : Took Silver Bird Taxi to the Hotel which costs us 243,000.00 rp (RM80.00). It took us 45 minutes journey from Airport to our Hotel as there was a massive jam along the road. We reached at the Hotel and just relax. We had our dinner at Restoren Nasi Padang, just a walking distance from our Hotel.



Day 2

We started our day by having buffet breakfast at the Hotel. At 9.00 a.m (Jakarta Time) we went to Pasar Tanah Abang by Blue Bird Taxi. It took about 20 minutes from the Hotel to Pasar Tanah Abang and costs us 30,000.00 rp (RM9.80). The taxi driver was talkative and always remind us to take care on our belonging "sebab banyak bangat pencopet diam-diam di sana", he said.


Owh believe it or not, we love Pasar Tanah Abang as the said air-conditioning 8-Floor complex was so big where every single need was sold there ranked from garments, telekung, tudung, shoes, bags etc. (We shop till drop, ok?) We had our lunch at the food court and continued shopping afterwards till 5.00 p.m. (See, I told you we love it! Hahah!) The Hubby Dearie treated me with a lovely chiffon silk with sulam bunga which I love it so-so-so much! (Thanks Dearie!) That night we just had our dinner at the Hotel.



Day 3

After having breakfast at the Hotel, we went to Pasar Senen by Blue Bird Taxi and from there we took Bajat to Mangga Dua Mall. Bajat only cost us 17,000.00 rp (RM5.50). The Husband Dearie was so excited at Mangga Dua Mall as he could find the DVD copies for only 5,000.00 rp (RM1.60). We had our lunch at Mangga Dua Mall food court and again proceeded to Pasar Tanah Abang (Hahah!) and continued shopping.


We went to Pluit Mall to have our dinner at Wendy's which cost us 120,000.00 rp (RM39.00) for 2 sets of Burger and spaghetti. Then we went to Arked and had fun there! Hehe.


Day 4

Had our breakfast at the Hotel and just packed our things (and prayed that we will not be going charged for the excess luggage. heh!) At 12.00 noon (Jakarta Time) we checked out from the Hotel and headed to the Airport. Thank to Allah, there was no luggage excessed but we had our maximum weight for all the luggage checked in altogether. (Actually we already paid RM110.00 for 40kg check in luggage at LCCT during the first day) Fuh!


6.15 p.m (Malaysia Time) - arrived at KL and were picked up by my Brother, Sister in law and my cutey Little Niece (owh, saya rindu bangat si kecil ini siap mimpi-mimpi lagi di Jakarta and was so excited to meet her!).


So lets catch some photos while we were in Jakarta & KL. Enjoy!
.


*L-R : 1. Shopping at Pasar Tanah Abang. 2. Me & Hubby Dearie. 3. Jutawan? Rupiah Notes. 4. Me & Bajat. 5. Our room.

.



*L-R : 1. In front of the Hotel. 2. At the Airport. 3. Hotel.

.



* L-R : 1. My Little Niece wearing tudung we bought for her. Comel! 2. My SIL, my Little Niece, Me & Hubby at our cousin's house for breakfast. 3. & 4. Me and My Little Niece at the playground (at our house, Damansara)

.



Wednesday, January 28, 2009



Another Tag

.
The clock is now 9.45 a.m. Mood holiday masih dalam jiwa apatah lagi baru saja pulang dari Jakarta. Saya akan upload tentang itu kemudian as I was tagged by Marliza, so here it goes :-

Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

I am



[excited & very happy. heheh!]





I really want to go to





[though I have been there before, I really want to go there again and again ;)]



My favourite place








My favourite thing is




and



[if kids/babies are not a 'thing' then you may interprete it as shopping! haha!]





My favourite drink is


[owh, semenjak dua menjak ini saya memang suka Sirap Bandung Cincau ini. Yummies!]


My favourite food is










My favourite colour is definitely



[restricted on barang only, if baju, I would prefer purple]





I live in








I was born in



[owh, actually, I was born at my grandparents' house, so it is impossible to Google it, right? Itu peta persekitaran Bandar Kuala Terengganu. Ngee.]



I attended




and







My favourite story is



[satu je mintak? banyak lah lagi nk list kan! Itu salah satu darinya. Hihi.]



This is my hobby


[Jika rasa mahu berehat dan bercuti tentunya! *dan ada duit lebih* heh.]



And I definitely wish for




[Rahmat dari-Nya sentiasa, insyaAllah. Amin!]


And I am tagging : Farahlily, Zulhairil, Zulus, and anyone who is interested! :)

.



Thursday, January 22, 2009

Jom Klik


Peraturan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang, yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009, sehingga kini masih menerima banyak kritikan dan komen dari pengguna-pengguna kenderaan sejak peraturan tersebut diperkenalkan. Pada pendapat saya, pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang adalah sesuatu yang efektif dan dapat mengurangkan impak kematian sebanyak 50% jika terdapat apa-apa kemalangan. Pada masa yang sama, ia juga dapat menyelamatkan 40-50% nyawa penumpang di bahagian hadapan (kerana pada kelajuan 50 km/j penumpang belakang seberat 60 kg boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak 40 kali ganda iaitu sebanyak 2.4 tan). Jadi mengapa masih terdapat kritikan dan kutukan terhadap peraturan yang dapat mengurangkan risiko kecederaan dan mencegah kematian ini? Adakah kerana maklumat berkenaan dengan peraturan baru ini tidak mencukupi dan oleh demikian pelbagai persoalan dibangkit? Saya sering mendengar dan meneliti perbualan mengenai peraturan baru ini dan saya dapat merumuskan bahawa ketidakpuasan hati pengguna-pengguna kenderaan tertumpu khususnya kepada isu-isu berikut:

Isu 1
Peraturan tersebut diperkenalkan bagi sesuatu pihak yang ingin mengaut keuntungan yang mengenakan caj yang tinggi bagi pemasangan tali pinggang di bahagian tempat duduk belakang.
Saya tidak pasti samada perkara ini benar atau tidak tetapi memandangkan 81% kenderaan di Malaysia kini sudah pun mempunyai tali pinggang di bahagian tempat duduk belakang, apa-apa keuntungan yang boleh diperolehi mana-mana pihak (jika benar-benar ada) adalah dari hanya 19% kenderaan. Harus juga mengambilkira bahawa dari 19% kenderaan tersebut, tiga syarikat pengeluar jenama Honda, Proton dan Perodua akan memberikan perkhidmatan pemasangan tali pinggang keledar belakang secara percuma bagi kenderaan jenama masing-masing. Oleh demikian, saya berpendapat tidak munasabah bagi kerajaan untuk mewujudkan peraturan tersebut semata-mata bagi menguntungkan sesetengah pihak.

Isu 2
Bagi pengguna-pengguna kenderaan yang perlu menempatkan lebih dari tiga orang penumpang di bahagian tempat duduk belakang, bagaimana dengan penumpang-penumpang lebihan tersebut?
Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia mendapati bahawa hanya 5%-9% pengguna kenderaan membawa penumpang melebihi tiga orang di tempat duduk belakang. Sekiranya bilangan penumpang melebihi bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, kesemua tali pinggang keledar tersebut harus digunakan. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Kerja Raya (JKJR) (5 Disember 2008), penumpang keempat di bahagian belakang kederaan persendirian yang gagal mematuhi arahan memakai tali pinggang keledar tidak akan didenda.

Isu 3
Adalah tidak praktikal bagi penumpang-penumpang kenderaan komersil seperti teksi, kereta sewa, bas dan lori, untuk diwajibkan memakai tali pinggang tempat duduk belakang.
Peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang dikecualikan bagi kederaan komersil. Peraturan tersebut juga tidak dikenakan terhadap kenderaan yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk (tidak termasuk tempat duduk pemandu) dan kenderaan barangan yang mempunyai had muatan melebihi 3.5 tan.

Isu 4
Bagaimana kedudukan penumpang-penumpang kenderaan lama yang langsung tidak dilengkapi tali pinggang keledar tempat duduk belakang?
Peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang tidak akan berkuatkuasa ke atas kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 dan juga tidak akan berkuatkuasa ke atas kenderaan yang tidak dilengkapi dengan anchorage points (tempat berlabuh tali pinggang keledar).
Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kederaan tersebut diberi tempoh 3 tahun (bermula dari 1 Januari 2009) untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

Isu 5
Bagi mereka yang mempunyai anak, adalah tidak praktikal bagi mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi kanak-kanak dan bayi.
Menurut JKJR, pemakaian dan penggunaan tali keledar bagi kanak-kanak dan bayi masih tidak diwajibkan. Walaupun begitu, saya berpendapat bahawa pemakaian dan penggunaan tali keledar bersama kerusi atau jenis tempat duduk keselamatan kereta bagi kanak-kanak dan bayi adalah amat digalakkan.

Isu 6
Kenapa negara-negara lain tidak mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang?
Sebenarnya, sebelum Malaysia, negara-negara lain telah pun memperkenalkan undang-undang bagi mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang: Amerika Syarikat (1966), Jerman (1984), Sweden (1986), New Zealand (1989), Peranchis (1990), United Kingdom (1989 & 1991), Belanda (1992), Kesatuan Eropah (1993), Hungary (1993), Hong Kong (1996) dan Jepun (2008).

Isu 7
Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya, tapi kemalangan tetap berlaku. Adakah dengan kewujudan peraturan tersebut, kemalangan akan berkurangan?
Kita harus menerima hakikat bahawa kemalangan di Malaysia akan terus berlaku selagi mentaliti dan sikap pengguna-pengguna jalan raya di negara ini tidak berubah. Sejak beberapa tahun ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan, operasi penguatkuasaan serta kempen dalam usaha untuk mengubah mentaliti dan sikap para pengguna jalan raya Malaysia. Namun begitu, tidak banyak perubahan berlaku – jumlah kemalangan masih tidak dapat dikurangkan. Pada pendapat saya, peraturan baru tersebut tidak diniatkan untuk mengurangkan kemalangan tetapi bertujuan untuk mengurangkan kesan dari kemalangan, iaitu jumlah kecederaan dan kematian. Oleh demikian, memang benar peraturan tersebut tidak dapat menjanjikan pengurangan dalam jumlah kemalangan tetapi berdasarkan perangkaan yang dibuat, peraturan tersebut mampu mengurangkan kecederaan terhadap pengguna kenderaan dan mengelakkan kematian (berdasarkan statistik bagi tahun 2007, penggunaan tali pinggang keledar belakang oleh semua penumpang kenderaan persendirian berupaya menyelamatkan 175 kematian, 350 kes cedera parah dan 1050 kes cedera ringan).

Isu 8
Kenapa pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang perlu diadakan peraturan dan bukan sekadar saranan?

Pada pendapat saya, jika dibuat sekadar saranan tanpa apa-apa penguatkuasaan dari segi undang-undang, kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan mempraktikkan langsung saranan tersebut. Hanya dengan menetapkan suatu peraturan yang mempunyai kesan undang-undang, akan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang tersebut dipatuhi.

Secara keseluruhannya, saya bersetuju bahawa peraturan baru ini membebankan pengguna-pengguna kenderaan – saya sendiri mengalami kesukaran dalam mematuhi peraturan baru ini, lagi-lagi apabila terdapat tiga orang dewasa di tempat duduk belakang. Persoalannya, adakah bebanan tersebut berbaloi jika dibandingkan dengan nyawa dan keselamatan diri, keluarga serta rakan?




"... Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

~ Surah Al-Baqarah: Ayat 195 ~



Tuesday, January 20, 2009

Setenang Air Di Lautan

.
.


Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; [1]
.
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [2]

*Surah Al-Mulk, ayat [1] dan [2]



Saya ingin menzahirkan rasa syukur kepada-Nya atas rasa ketenangan yang dikurniakan-Nya kepada saya kerana perkara-perkara berikut :-


1. Saya sungguh tenang di pejabat kala ini walaupun terdapat banyak kerja yang perlu diselesaikan. Mungkin kerana Boss saya tiada, jadi saya tenang-tenang sahaja membuat kerja. Ngee.

2. Saya merasa sungguh tenang (dan bersyukur) kerana nenek kepada Suami saya telah selamat menjalani pembedahan mata semalam dan dalam proses recovering.

3. Saya merasa sungguh tenang (dan bersyukur) selepas melepasi trimester pertama proses kehamilan pertama ini. Sungguh tenang dan rasa sihat sekarang!

4. Saya terlintas mahu makan jeruk kedondong tapi satu pun tidak menepati rasa saya setelah mencari yang original seperti yang saya telah makan 2 bulan yang lalu. Sehinggalah saya ke kedai berhampiran rumah untuk membeli kuih, saya telah menemuinya. Sebijik rasa! Suka! Alhamdulillah!

5. Saya tenang sekali bila mengingatkan suatu perkara besar yang telah mencapai kata sepakat. Saya hanya menunggu dan menghitung hari sekarang. Mengingatinya sudah membuatkan saya merasa gembira, apatah lagi mahu menghadapinya kelak. Saya percaya dengan doa dan restu kedua ibu bapa kami (khususnya), saya dan Suami telah membuat pilihan yang tepat.

6. Owh tentulah saya merasa gembira dan tenang bila mahu pergi bercuti (lagi) bersama Suami tersayang ke destinasi yang membuatkan kami bergelar jutawan sekarang. Heh!


Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya zahirkan rasa syukur ini, tapi cukuplah setakat ini dan sekadar mengisi ruangan kosong di blog ini.
.

Monday, January 19, 2009

The Best Movie of 2008: The Dark Knight


“… he’s the hero Gotham deserves but not the one it needs right now. So we’ll hunt him, because he can take it. Because he’s not our hero … he’s a silent guardian, a watchful protector… a dark knight…”


~ Commissioner James Gordon ~




The Dark Knight is a masterpiece, the strongest effort in the history of its genre and one of the best movies of the decade.



The Official Trailer





The Spoof Trailer



The Kids Trailer



The Lego Trailer



.


Monday, January 12, 2009

Congratulatory notes


Our heartiest congratulations to Anis & Muhaimin, who tied the knot on 1 January 2009 and Shuk & Asmah, who got engaged on 21 December 2008.

As someone who has only been married for almost one year, the only wisdom I can bestow on Min & Shuk as they jump into the final frontier, is: “Whenever you're wrong admit it, whenever you're right shut up Cheers mates!

"No man is truly married
until he understands every word his wife is NOT saying"
~ unknown quote
~

"Long engagements give people the opportunity of finding out each other's character before marriage... which is never advisable"
~ Oscar Wilde ~


Shuk spying from behind a papaya tree
while receiving updates of the majlis through the phone

.


Tag!

.
Syarat dan peraturan: Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

Saya di-tag oleh Farahlily. Saya rasa peraturan di atas tidak begitu mesra alam lah. Heheh. Saya memilih untuk menjawabnya secara rawak namun dibahagikan kepada 4 tajuk utama sepertimana di bawah ini :-


A) Soal diri

1. Saya seorang yang sangat suka berkemas. Hati rasa sungguh tenang bila berkemas dan nampak keadaan teratur.

2. Saya seboleh-bolehnya akan/ingin menunaikan janji saya kerana saya paling tidak suka orang yang gagal memenuhi janji (dengan sengaja dan tiada usaha untuk cuba menunaikannya). Bagi saya, orang yang menepati janji adalah orang yang tahu menghargai kehidupan dan sangat menghargai orang lain.

3. Saya akan diam apabila marah kerana saya percaya sesuatu keadaan itu boleh dikuasai dengan baik apabila kita diam dan berfikir sejenak.

4. Oh, sekarang saya macam sedikit batuk. Cuaca di sini sungguh tidak menentu.


B) Soal kehidupan

5. Saya sudah berkahwin tetapi masih tinggal bersama ibu bapa saya kerana status kami “PJJ” (Perkahwinan Jarak Jauh) [buat masa sekarang].

6. Saya dan Suami akan bertemu setiap hujung minggu samada di KL atau di Terengganu (dan kami telah membuat syarikat-syarikat penerbangan negara makin maju ekoran tiket yang dibeli setiap minggu).

7. Kadang-kadang saya rasa nak bukak nursery dari membuat kerja-kerja perundangan ini sebab saya begitu adore babies.

8. Tapi saya rasa saya tak boleh (rasanya lah – refer to No. 7 di atas) buat kerja lain sebab saya percaya Tuhan bagi anugerah untuk saya terus berkhidmat utk masyarakat dalam bidang perundangan ini.


c) Soal kerjaya

9. Saya bekerja di salah sebuah firma di Terengganu di mana salah seorang rakan kongsinya adalah ayah saya sendiri.

10. Sila lah jangan salah anggap kerana Bos saya merupakan senior partner/pengasas firma ini dan saya bukan bekerja ‘dengan’ ayah saya. (Cuma, kami satu firma sahaja)

11. Saya mempunyai seorang personal assistant yang sungguh rajin dan dalam banyak perkara, dia sungguh membantu dan memudahkan kerja-kerja saya di firma.

12. Saya begitu kagum dengan Bos saya. Selain daripada bijak berbahas, dia juga amat terkenal untuk legal opinion dan kes-kes high profile di sini. Kagumlah!


D) Soal umum

13. Saya tak faham kenapa orang susah (atau kedekut?) untuk membalas SMS? Bukan mahal sangat pun kan?

14. Saya tak faham kenapa ada orang yang susah nak bagi signal kalau nak membelok ke kiri atau ke kanan semasa memandu? Berat sangatkah signal tu?

15. Sekarang, di akhir doa saya setiap kali selepas solat, saya mendoakan agar tiada lagi pertumpahan darah di bumi Palestin dan insan-insan kecil yang menjadi mangsa keganasan itu. Cukuplah.

16. Saya tidak berhajat tag sesiapa. Sesiapa saja yang berminat, sila lah menjawabnya juga. Heh.
.


Thursday, January 8, 2009

Wednesday, January 7, 2009

Memories in Two Double O Eight

.
Yes, it has been a week since we entered a new year, 2009. Somehow I just wanna share some memories in 2008 that happened in my life. So, here it goes :-

.

1. March 08' - Getting married on 08.03.08 to the wonderful man in my life.





2. March 08' - Went off to Kundasang, Karambunai & Kota Kinabalu, Sabah for our 1st honeymooning.

.



3. April 08' - Having fun with my family at Sunway Logoon Theme Park.




4. May 08' - Enjoying ourselves witnessing sunset at Batu Feringghi, Penang for a holiday (cum our 2nd honeymooning).

.


5. May 08' - Having a family gateaway (and having fun releasing turtle(s) to their 'real home' at night) at Impi@na Resort, Cherating, Kuantan.

.



6. June 08' - Had an early birthday treat to Istana Budaya with the beloved Husband and enjoyed every single moment watching Musly Ramlee, Liza Hanim, Melissa Saila, Atilia, Emelda (owh man, they are awesome!) casting in P.Ramlee The Musical.

A week later, I bought another 2 tickets as a Father's Day gift to my parents and as much as we love the theater, they also did! We actually spent nearly RM1K for the tickets and its all worth as we love, love the theater!


.

7. July 08' - My Boss had declared a day off and a fully sponsored vacation where we spent our 3 days/2 nights at Cameron Highlands with everyone own family.


.


8. July 08' - My dear little Niece was born on 14th July, 2008 and made the whole family happy as she became the first grandchild in my family. A few suggestions were thrown to call me Aunty, but I have decided to go with the oldies and called me 'Mak Ngah' as I personally think that anyone else could call me Aunty but not everyone could call me 'Mak Ngah'. So, it is just an honour to me. Heh.


9. October 08' - Our first Raya as Hubby and Wifey.




10. October 08' - We went to Langkawi for another holiday with my parents as I promised to myself to take them for a fully sponsored vacation to their preffered destination. I just could not help but to love the BNM Sri Kijang! Heh.

.

11. November 08' - Got to know that I am pregnant exactly on our 8-month-anniversary! The next best thing that ever happened in my life! Do pray for us ya!

*Yes, now I am making this official as I could 'see' my baby's movement during my 3-months antenatal check up recently.

.


12. December 08' - Trip to Kuching, Sarawak together with my in laws.

.

Last but not least; knowing that your total accumulated claim for year 2008 (minus the fix salary) is about RMXX,XXX really put me in shocked! I could buy another asset and/or traveling here and there from that! But there will always a greatest fear when you are earning more; as L*HDN will never tend to forget their duties. Heh! (Tak suka, boleh?) Grr..

"Selamat Menyambut 10 Muharam!"

.