Nuffnang Ads

Monday, April 27, 2015

JJCM - Vistana Hotel, Kuantan

Hujan dari pagi tadi semacam tahu saya ada long weekend withdrawals syndrome. Kekekeke.

Okay, okay not funny but I was too lazy to start the usual normal routine this morning. Tapi alhamdulillah, Allah jadikan aura ibu tu sungguh kuat – boleh bangun pagi as usual sediakan bekal dan sarapan seisi keluarga, siapkan the kids and went to the office. Alhamdulillah for today.

So dah ada bagitau earlier yang last week was a hectic week for me. Dalam duk mengomel kat suami cakap busy busy busy, suami kata jom kita gi KL sebab ada long weekend this week sempena Pertabalan Sultan Terengganu. Tapi bila tiba hari Rabu tetibe rasa letih ya ampun, packing pun tak buat satu apa, maka trip to KL cancelled. Tambahan appointment dengan doctor Hafiya tak jadi since klinik hanya buka on Monday, so kami tak teruja sangat nak pergi KL. So we made plan B – went to Kuantan. Weeee!

The main reason nak pergi duduk rileks saje-saje kat hotel, maka kami pilih Vistana Hotel, Kuantan. My dear husband nak pilih The Zenith tapi bila tengok harga tanpa breakfast mahal 1 kali ganda, kita cancel lah sebab nak buffet breakfast jugak. Bahahaha.


Kami bertolak awal pagi dan ikut LPT II hanya ambil masa 2 jam 15 minit ke Kuantan. Sampai pukul 11pagi, pergi EC Mall kejap, pergi Toys R Us dan pusing-pusing kejap then terus lunch kat Nandos. Alhamdulillah, boleh early check in that day. Hotel staff sangat friendly and process check in sangat pantas. Gambar atas : the kids - upon arrival at Vistana.


We just lepak in the hotel room dan kekanak riang ni penuh tenaga tak nap langsung – excited sangat agaknya. As usual, bila berjalan saya pastikan diorang pack their own things macam toys and books so they were occupied in the hotel room until petang. Petang – aktiviti kolam and they were having so much fun!


Fun fun fun! Hafiya and Khayra :P


Maaf, rupa bibik sebab tak sempat nak packing baju proper sebab short notice tukar plan dan saya pun menghadapi minggu-minggu yang busy. Kekekeke.


Buli abah :P


Night out with my favourite persons and pakai tudung yang agak basah lencun sebab tak bawa tudung extra untuk aktiviti swimming pool :B Gasaklah, asal bahagia. Hehehe :P


At night – we went out for dinner at Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Tanjung Lumpur. Fakta : hampir semua orang Kuantan akan suggest tempat ni untuk makan malam. Review kami : we are not petai fan so OK lah rasa ikan bakar. Masakan lain seperti sotong telur masin, tomyam, kailan dan telur bistik adalah sedap. Please spot Hafiya dalam gambar di atas. Then kami pergi tengok movie that night – Avengers : Age of Ultron. Full house okay malam tu and Hafiya masa sampai dah tidur (remember, they haven't take nap during day time?), cuma Khayra je tengok kejap dan tidur juga. Hehehe.


A nice breakfast buffet spread at Vistana that morning :D

Checked out at 12 noon and went back to EC Mall to have our lunch then terus balik KT. Nasib baiklah hari Ahad (semalam) masih cuti maka boleh unpack segala barang dan rehat lagi. Bestnya cuti 3 hari (dan kerja 4 hari je this week!). And we are so excited for another long weekend this week! Weeehuu :D


No comments :