Nuffnang Ads

Thursday, April 16, 2015

Outdoor - Activities For Kids (5)

OK, continue lagi on my kids’ weekend activities. Actually ada juga kadang tu buat time weekdays tapi boleh buat aktiviti yang ringkas jelah sebab diorang kena tidur awal kan. So macam reading, activity books, simple colouring and drawing, sticker books and DIY bracelet and necklace using beads serta tiny erasers  tu boleh selit bila weekdays. 

I have already post up pictures on this here – one of our outdoor weekend activities. Painting je pun. Hehehe. Tapi sebab bila buat outdoor tu lain sikit effect dia. They can enjoy both – menikmati udara segar (kengkonon) dan menikmati pemandangan di luar (juga kengkonon). Tapi yelah, kalau kita buat something yang luar dari kebiasaan, it could be MORE FUN. Gittew :P To add on, kalau buat outdoor activity, diorang boleh develop gross motor skills dengan berlari, melompat dan merangkak di luar rumah. Tehehe. Oh, for fine and gross motor skills boleh baca lanjut di sini dan di sini.


Oh, so untuk gambar di atas ini, kami buat painting dan paint atas ice cream sticks, buat objek macam rumah (Khayra’s idea) dan guna foam stickers dan pom pom balls to add on more detailing. Adik Hafiya suka part stick pom pom balls and guna foam stickers.


Ni spontaneous activity – main pasir. Memula pakai sudu plastic, lama-lama guna je tangan – senang sikit kan. Hahaha. Oh, aktiviti yang menyumbang ke arah development of fine motor skills kanak-kanak. Tapi lepas tu jangan lupa cuci tangan dan kuku sebersih mungkin. Kalau boleh, sebelum main pasir, pastikan kuku diorang dah pendek, so tak terlekat pasir celah-celah kuku kan. Eyew.


Ini sewaktu kami buat project Paper Mache. Guna belon, lekatkan kertas suratkhabar meliputi keseluruhan belon yang sudah ditiup, warnakan dan tadaaa … siap. Tapi part mewarna dan keringkan tu mencabar sikit sebab ada kanak-kanak tak sabar nak tunggu siap. Pheww.


Ini buat Rock Painting. Mudah sangat tapi berbaloi untuk concentration anak-anak kecil. Patutnya ada sesi warna dan keringkan serta akan lukis objek atas batu, tapi memandangkan ada budak-budak tak boleh sabar nak tunggu kering T_______T, maka warnakan jelah, nak. Bahahah. Oh, diorang cuba buat rainbow colours actually, tapi tak jadi sangat. Maybe sebab kami guna water colour yang tak berapa semenggah T____T Next time, kita cuba lagi, OK?


Ini saja je bagi diorang main masak-masak kat luar rumah. Feeling dia lain sikit kan, ahahaha. Lagipun masa ni abah diorang tengah basuh kereta, so saje ambil peluang main kat luar. Hehehe.


Hafiya ni memang a little explorer. Sesuai lah minat Dora tu, dik. Hehehe. Kami bagi main dedaunan dan buah belimbing so punyalah dia excited kan, boleh nampak dari this precious expression :P


Aktiviti menanam pokok. Haha. The thing that they will enjoy it so much sebab kena bekerjasama tanam supaya pokok tu mampu tegak dan tak jatuh ke bumi dan dalam masa yang sama boleh main pasir T___T Yeah right, 2-in-1 punya permainan, sure lagi fun! Kekekeke.


Kan dah bagitahu earlier, Hafiya ni memang a little explorer – ni waktu kami bagi main rumput – boleh develop fine and gross motor skills. Memula dia geli bila rumput tu melekat kat tapak tangan (boleh tengok from this picture, kan), tapi lama-lama eih syok pulak dia tarik-tarik rumput tu. Bagus nak, tak payah ibu cari orang mesin rumput. Bahahahaha! *kidding*


Seperti biasa, apabila melibatkan outdoor activity, ada feeling lain sikit sebab luar dari kebiasaan kan. So ini tema picnic with Barbie dolls. Fun jugak tengok diorang, almaklumlah zaman ibu nak beli Barbie pun terkulat-kulat nak mintak kat Umi. Lulz.


Again, aktiviti main pasir – tapi kali ini kami bawa gi pantai so sand beach it is! Lagi lembut dan halus kan, mestilah lagi seronok. Siap bawa semua peralatan digging untuk keseronokan mereka. Tapi yang paling tak kuasa bila gi beach ni adalah kena bersih all the clothes 2-3 times sebab pasir halus yang melekat T_____T Takpelah nak, asal korang bahagia. Hehe.


And yeah, another situasi main pasir. Kali ini dekat luar rumah je. Cedok pasir sikit dari pasu bunga dan bagi air, bukan main seronok kengkonon main masak-masak. So easy to please and yet for their own benefit juga.

So actually semua outdoor activity diorang ni berkisar kepada permainan juga. It’s just that kita add more value untuk diorang berfikir dan mengolah benda. Konklusinya main ler nak, masa kecik ni je kamu nak main. Nanti bila besar, jangan lupa baca entri blog ibu.

Lulz.


2 comments :

ibuwijioya said...

bravo ibu khayra&hafiya...bagus tul actvt utk anak2 ni..klu wiji n oyapun suka main pasir

HW said...

IbuWijiOya,

Main pasir tu memang seronok, tapi bab cuci baju dan lantai berpasir tu macam tak suka. Bahahah!