Nuffnang Ads

Thursday, April 9, 2015

Activities For Kids (2)

Sambung lagi cerita aktiviti untuk anak-anak pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Takde lah lapang sangat waktu yang ada tu sebab busy maintaining the house kan, plus banyak kerja actually kalau duduk rumah tu. Hehe. Ada je benda nak buat. #takbolehdudukdiam



Project inspired by Art Attack series – Khayra tengah tengok Art Attack series dan saya tengah lipat baju sambil tengok sama. Kita guna botol air mineral, balut-balut, painting, tampal-tampal and tadaaa … jadi Giant Fly and Giant Bee. They were so excited with this project. Eih, maknya pun sama jugak excited. Haha. Siap suami pun sama join kami masa buat serangga gergasi ini. 


Ini sebab ibu sibuk kat dapur dan abah busy mark kertas jawapan students, maka kita keluarkan tent and colourful balls bagi Khayra dan Hafiya berkhemah dalam rumah. Teheee. Tapi they had so much fun main dalam tent, main masak-masak, main doctor, main dengan dolls, tahap nak tidur pun dalam tent T______T Tapi siang hari jelah, malam tanak pun. Haha.


Kami ada enroll Khayra masuk Clay and Beads Class. So ini hasil project ke-4 Khayra. Kagum saya dengan detailing clay on this project. Teacher akan guide biasanya tapi konsep, warna, dan susunatur boleh ikut idea kanak-kanak. Oh, clay ini salah satu fine motor skills activity yang bagus for the kids. Hafiya pun akan kita enroll nanti bila dah cukup umur. Hehe.


Bubber time! Saya order dari US - Bubber Smart Shapes Kits set ini. Comes with 4 colours of Bubber, Bubber knife and molds. Bubber ni so light as air and so fluffy as cloud. Gitew :P Si kecik tu pun tekun main dengan Bubber ni. Hehe. Ini antara fine motor skills activity for preschoolers juga.


Right after Bubber time, diorang nak painting pulak. Layankan je. So here, they were looking busy with their painting tasks. Adik Hafiya tu siap paint keluar dari kawasan kertas lukisan. Takpe nak, your own creativity kan :P


I have already put this activity here tapi dalam gambar ni nak tunjuk yang Hafiya tu tekun paint sayur bendi dia before cop memenuhi kertas lukisan. Hahaha. Actually masa Hafiya umur setahun lebih, dia geli dengan water colour. Tak berani pun sentuh dan kalau tercalit sikit kat tangan, dah drama nak nangis ambil cakap, “Help me, help me!” Bila dah meningkat usia ni dan asyik tengok Kakak Khayra had so much fun with painting, dia dah OK dan nak turut serta. Now cakap, "Yeay, yeay!" pulak kalau nak painting :D 

Will continue more on this. Saya ni paranoid, takut gambar hilang, ter-delete atau HP rosak atau tak boleh retrieve gambar, saya gerenti boleh nangis sebab saya consider setiap gambar as (priceless) memory for them. Nanti bila besar, sila baca apa ibu dan abah layan kerenah korang dari kecik. Heheh.


No comments :