Nuffnang Ads

Wednesday, February 11, 2015

Online Shopping and Customs Duties


The most awaiting parcels are finally arrived today. As expected, I have to pay the customs duties and this is my FIRST TIME EVER to pay such tax regarding my US online order through HSG. I have been doing so since 2013 and memang terlepas je sebab pandai budget. Bahahaha.

So this time tak dapat nak elak sebab barang murah sangat-sangat-sangat. Nangis tengok harga jika dibandingkan dengan harga butik di sini.

I just pejam mata and clicked here and there and terus bayar through Paypal from a few online websites.

So this afternoon, I received a phone call from DHL courier services and notified me on the tax imposed on my parcels. Quite a lot actually tax yang kena tu, tapi bila divided dengan barang-barang yang dibeli, still harga murah sangat-sangat-sangat. I blame on the currency exchange sebab tu I kena tax tu! Grrr.

Yang best-nya, staff kurier servis tu bila jumpa I and nak pass my parcels, dia cakap macam ni:

(In Terengganu dialect)
Staff DHL :    “Guane kali ni yang kena tax?”
(Macam mana kali ni boleh kena tax?) *sambil senyum*
Me :             “Hmm, itulah. Terkena pulok kali ni.”
Staff DHL :    “Dakpelah, yang sen-sen tu kita tolak. Bayar genap je, cukuplah.”
Me :             “Ooh, terima kasih.” *syukur*

Nampak tak, staff DHL pun tahu I order barang dari US sebelum ni tak pernah kena tax!

Haish.

Tapi sebenarnya tak sabar ni nak balik rumah dan kelebek barang-barang! Bahahaha :P


Tuesday, February 10, 2015

Creative, Fun Meals for Kids - by NWM

So I guess I have a new hobby now – making fun / creative meals for my Lil Darlings. It started when Hafiya was down with fever on Saturday night. She was all OK during Sunday morning and I sent her as usual to her day care but I promised to fetch her during lunch hour to bring her to clinic.

I took half day leave and went home with both Khayra and Hafiya right after the clinic visit. When it came to her meal time, Hafiya only took a small portion of meal but I was so thankful that she did not losing her appetite at all. Alhamdulillah, she was feeling much better at night.

The next morning, I decided to make her morning meal more attractive with the idea that she will eat more, so I started to decorate her morning meal and tadaaa! ... 


I made this. We called it “Creatures of the Beach”.


 Hafiya finished almost everything on her plate and continued having baked tuna cheese sandwiches after that. I was more than happy to see her reactions on this =)

Thank you, Allah for this awesome feeling that I could see in her expressions as above.


As for today, I made this - “Row row row your boat”.

Both of my Lil Darlings sang “Row, row, row, your boat, gently down the stream”… upon seeing this and they went straight away named it as “Row row row your boat”.

I was so excited to decorate more fun meals for them as they really enjoy it and the way that they like to name each of my deco! I will update more on this; probably via my instagram (@wahida163) or my FB account.

It was so addictive, peeps! :P


Wednesday, February 4, 2015

Tips Menyediakan Bekal Anak

+ Sebenarnya bila tahu Khayra diwajibkan bawa bekal setiap hari ke sekolah tahun lepas, saya suka-suka sahaja nak buat bekal makanan yang boleh Khayra makan terus masuk mulut supaya senang dia nak makan, tak kotorkan baju (please excuse my OCD-ness), jimat masa nak makan (sebab recess dia sekejap je) dan tak messy sangat.

+ Paling mudah dan kenyang yang saya fikir adalah roti atau pancake. So next step saya fikir macam mana nak buat roti atau pancake tu supaya senang anak nak makan? Jawapan dia - kena buat shape kecik–kecik atau potong kecik-kecik sebab senang masuk terus mulut anak-anak yang comel kan. Saya memang pasang impian nak wajibkan bawa buah-buahan dan vitamin nanti.

+ Idea saya just tekap-tekap je guna cookies cutter tu (kebetulan ada a few kat rumah sebab pernah beli untuk buat cookies). Just kena fikir filling atau inti dan sides yang berlainan supaya anak tak bosan.

+ Alhamdulillah sepanjang tahun 2014 saya berjaya sediakan bekal untuk Khayra sepanjang hari persekolahan dan dihias dengan deco-deco serta wajib bawa bersama buah-buahan dan vitamin. Alhamdulillah juga melalui cara ini, bekal Khayra setiap hari licin.

+ Kemudian, ada kawan saya inform saya pasal ada group Bento. Bila join tu, rasa seronok sangat sebab banyak dapat idea dari perkongsian ibu-ibu. MasyaAllah, sungguh kreatif dan pelbagai bentuk dan resipi saya dapat lihat.

+ Ini adalah antara collection homemade bekal atau breakfast (alas perut) anak-anak saya pada bulan Januari, 2015.

+ Saya teruja juga ada ramai kawan rapat yang telah turut serta buat bekal dan bento untuk anak-anak bila saya ada share gambar di-Facebook, Whatsapp group dan instagram. InsyaAllah, mana yang baik itu datangnya dari Allah jua.



+ Ada yang tanya saya, macam mana saya siapkan semua sedangkan saya bekerja dan tiada maid dirumah.

#Tips penyediaan bekal anak (cara saya) :

+ Bangun awal sikit dari kebiasaan, saya bangun sekitar jam 5.30 pagi. InsyaAllah sempat.

+ Malam sebelumnya dah kena fikir nak buat bekal menu apa supaya barang-barang semua dah tersedia atau ada dalam peti atau dirumah. Jadi tak perlu ada alasan tak ada bahan nak buat. Hehe.

+ Kalau ada jadual lagi elok. Saya buat juga jadual sendiri just in case tak ada idea dah nak buat apa. Kalau ada jadual, tak perlu ikut sebijik sejiban sebab tak perlu stress. Jadual hanya bertindak as a guide.

+ Pastikan bekas-bekas bekal hari sebelumnya dah basuh dan diletakkan bersama supaya senang nak capai. Macam cara saya, semua alatan deco dan bento ada dalam bekas yang sama, so that senang kita nak capai dan buat serta tak perlu geledah nak tercari-cari.

+ Alatan deco dan bento, saya banyak beli dari Daiso, Mr. DIY atau kedai-kedai / shopping malls yang menjual alatan membuat kek.

+ Buah-buahan saya stok seminggu 1-2 kali. So ada variasi dan tak cepat buruk kalau beli banyak sekaligus. Potong siap-siap mana yang boleh tahan lama sikit dan masuk Tupperware letak dalam peti. Nanti nak buat bekal just capai je atau potong sikit je untuk deco.

+ Stok vitamin, jangan dilupakan. Saya wajibkan dalam bekal sebab boleh make sure pengambilan yang consistent. Maknanya after makan semua, anak boleh makan je chewable vitamin tu even waktu rehat dah habis.

+ Saya cuba elak processed food sebagai bekal (sosej, fries atau nugget terutamanya). Menu lain seperti nasi, mee, pasta atau nasi goreng saya hias simple sahaja dan belum buat collection secara bergambar.

+ Kadang lepas balik sekolah atau sebelum tidur, saya tanya Khayra siap-siap nak bawa menu bekal apa esok. Kita hormati cadangan anak dan bagi peluang anak participate supaya dia excited yang dia turut menyumbang dalam idea buat bekal. Tentulah anak seronok kan kita realisasikan idea dia, insyaAllah.

+ Saya hanya bekalkan air kosong untuk minuman anak-anak.


Koleksi bekal anak-anak saya sebelum ini boleh dilihat di sini dan di sini.

*InsyaAllah saya akan edit tips ini dari masa ke semasa untuk panduan masa hadapan.


Tergolek Jatuh

Khayra has a music lesson class every Tuesday at 2.00 pm. Biasanya after class, Khayra will stay at my office before we both going back to our home-sweet-home sebab kelas dia within a walking distance from my office.

Nak dijadikan cerita, last week when we wanted to go home, as we walked downstairs to the ground floor, macam mana ntah dia boleh tergolek jatuh tangga!

I was like calling her name several times bila kejadian berlaku sebab I was totally in shocked. Tak sangka boleh jatuh tergolek kat tangga dan tak sempat grab her hands sebab it was too fast. Memula I kaget jugak dan hampir nak nangis takut dia tercedera ke apa kan. Khayra immediately bangun bila dah sampai bawah tu and I ran to her to check whether she was OK or not. Dia tak nangis, just gosok-gosok her pipi yang nampak merah sikit. After I checked her condition and her body, Alhamdulillah nothing yang merisaukan, we went back home and fetched Hafiya.

Tapi rasa nak ketawa pun ada lepas-lepas tu bila teringat nampak dia tergolek. Haha.

I told my mom and when she was on the phone with my mom, ada dengar dia cakap, “Khayra tak ngantuk.” Maybe my mom was asking her yang dia ngantuk ke sampai jatuh tergolek. Hehe. We did monitor on her condition that night and a few days after and Alhamdulillah, semua OK.

So this week, when we wanted to go back home from my office, she was taking extra caution masa nak turun tangga and tengok anak tangga satu persatu sampai bawah. So when she was safely turun sampai ground floor, I waited there and gave her a big applause sebab berjaya turun sampai bawah tanpa jatuh tergolek. Hehe.


Khayra’s reaction? - hanya senyum tersipu! Bahahahahaha.


Tuesday, February 3, 2015

Kelas Mengaji dan Fardhu Ain

Best ye KLites cuti lama sempena Hari Wilayah & Thaipusam. Jeles weh. Rasa dan dan nak amik cuti walaupun tak ada kaitan. Bahaha.

Sebelum ni pernah cerita pasal Khayra attend Tadika sama macam abahnya dahulu kan. Kira apa yang abah dia masuk dulu kita replicate method sama kalau masih ada lagi sekarang. Tehee. Now, starting January, kita hantar Khayra attend Kelas Mengaji dan Fardhu Ain kat tempat sama juga macam abahnya dulu. Setiap pagi Jumaat dan Sabtu, Ustazah akan tulis progress dalam report card and ada pengisian Fardhu Ain sekali lepas mengaji dengan Ustazah. So senang kita nak monitor dia baca iqra sampai mana dan apa progress dia in class. Macam previous weeks, Khayra bagitahu Ustazah cerita pasal Nabi Muhammad, sifat kasih sayang dan sifat-sifat Nabi. Adik Hafiya maybe kita plan nak start next year sebab terbuka kepada anak-anak dari umur 4 tahun, insyaAllah.

Khayra basically ada sesi Iqra juga sebelah petang di-daycare dia setiap hari selepas solat jemaah. Ada juga saya ajar bila-bila free waktu malam lepas Maghrib. Tapi yelah, kita ni tak consistent sangat kan jadi bila saya ajar tu, ada nampak dia struggle untuk baca ayat panjang-panjang. Jadi kami decide untuk hantar ke kelas mengaji yang proper.

Saya dan suami actually doa banyak-banyak moga dilembutkan hati anak-anak menuntut ilmu dan specifically doa mudahkan dia untuk ke kelas mengaji. Risau sebab memang tahu kalau masuk kelas / environment baru, Khayra ni sukar sikit bab separation anxiety. Tengok last year contohnya, hampir 2 bulan jugak menangis cebik dalam kelas sewaktu kami tinggalkan dia (and 5 minutes later, she will be OK in the class, as being informed by Teacher Rozita, her class teacher). Tehee. Tahun ni nangis masa hari kedua sebab Lylia, kawan yang dia kenal kena tukar duduk meja lain. Alahai, anakku.

Jadi, untuk attend ke Kelas Mengaji, kami doa sungguh-sungguh semoga Allah permudahkan urusan kami dan anak-anak. Alhamdulillah, masa 1st class terus Khayra OK ditinggalkan tanpa sebarang drama TAPI dengan syarat - nak duduk sebelah Ustazah. Hehehe.



Alhamdulillah, syukur pada Ilahi bila Khayra every week excited nak pergi Kelas Mengaji.


Wednesday, January 28, 2015

Random Things - 28th January

+ Ada farewell lunch dengan chambering student kami harini. Alhamdulillah atas rezeki dari Allah.

+ Bila hantar Hafiya setiap pagi pada tahun ini, I noticed ada satu kereta BMW kat tepi pagar sebelum masuk jalan ke Tadika berhadapan Taska Hafiya. Setiap pagi kereta tersebut akan berhenti di bahu jalan. Bila diamati, rupanya ada bapa tengah memujuk anaknya ke Tadika. Setiap pagi dia akan berhenti dan ada negotiation berlaku dalam kereta. Saya agak sahaja sebab gaya bapa macam sedang memujuk anak.

+ Bagi cerita perenggan di atas, maknanya si bapa sungguh penyabar. Pujuk anak setiap pagi selama 3 minggu sesi persekolahan bagi tahun 2015. Pengorbanan ibu bapa macam inilah; dad/mom gotta do what a dad’s/mom’s gotta do.

+ Ada partner pula belanja for tea time untuk the whole firm petang ini. Alhamdulillah sekali lagi. Rezeki dari Allah semua ini.

+ We just found out Khayra akan bawa balik junk foods / candies kalau ada orang bagi masa kat daycare / school (sempena birthdays / sebagai token). Then she will seek for our permission kalau nak makan. Sungguh saya terharu sebab dia tak makan terus there and then. Ada sekali sahaja dia macam terus buka dan makan pop candy, sebab teruja ia dalam packet Frozen. Anak-anak saya masih belum move on dengan Frozen T____T

+ Saya tengah teruja tunggu parcels dari US. Tolonglah cepat. Lagha betul tapi memang teruja sebab baju anak-anak.

+ Dah 28 haribulan, nak menghampiri bulan kedua ditahun 2015 ini. Cepatnya alahai masa.

+ Khayra masuk darjah 1 tahun depan. Saya dah start risau sebenarnya. Yalah, dengan gejala sosial sekarang, fikir pasal bekal dan makanan kantin (saya berazam nak buat bekal, saya harap adalah masa dan rezeki untuk anak-anak saya nanti, selagi saya terdaya), fikir pasal macam-macamlah. Maafkan ibu yang paranoid ini. Tapi sungguh, saya risau.

+ Oh, group Whatsapp #srikandi959 itu sungguh banyak manfaat (selain buat hp hang sebab message terlalu banyak kalau tak baca. Lol). Dianggotai rakan-rakan dari pelbagai profession / background. Banyak kongsi ilmu, tips, pengalaman dan pendapat (dan cerita mengarut yang menyebabkan kita boleh ketawa / senyum sorang-sorang).

+ Kenapa sekarang ramai tak update blog? Tak sempat nak catch up dengan instagram feeds atau FB timeline atau Twitter.

Okbye.


Tuesday, January 27, 2015

King Kong and Hafiya

King Kong (2005) was aired on Astro last week. We just got back from work dan buka TV terus tertengok cerita tu. Hafiya tengah main when suddenly dia lari to us siap suruh peluk dan hampir menangis.

Jeng jeng jeng … rupanya dia takut King Kong! Bahahahaha.

So we have found out selain kucing, dia takut King Kong jugak! Hehehe. Nak tergelak pun ada, tengok reaksi Hafiya. Dia pergi peluk abah dia sampai tanak lepas and siap closed her eyes. Lastly kami mengalah dan tutup TV! Hehehe. Hafiya in our eyes adalah a little girl yang berani. Rumah Tok Wan blackout pun dia boleh cakap "Yeay yeay!" tepuk-tepuk tangan sambil masuk semua bilik nak check out. With strangers pun dia boleh tegur menegur hi hi-bye bye-see you.

So the next day when I was cooking in the kitchen, Hafiya came to the kitchen and mula menyepahkan bekas and all sort of things yang dia boleh capai. So I got an idea, I pretended to be like a King Kong! Ahahaha.

Result : Hafiya ran away to the living room sambil nangis! Then pergi dapatkan perlindungan Kakak Khayra and said to Kakak Khayra, “Ibu buat King Kong. Ibu buat.”


*Image Googled*

I was laughing my heart out dan kembali memasak dengan tenang.

Hehe, peace Hafiya! Nanti bila dah dewasa, please read this OK? Teehee. Ibu loves you so much! XOXO.


Monday, January 26, 2015

Cooking For The Family

I was on MC last week sebab low blood pressure, menurut doctor. Patutlah pening dan sakit kepala berdenyut – denyut. Then baru found out that I’ve skipped eating my multivits (ada iron kan?) sebab dah habis stok lalu terlupa nak beli. Haihh, my bad.

Bila dah duduk rumah tu walaupun MC, bukan boleh duduk diam. I have suffered this ADCD – Attention Deficit Cleaning Disorder. Lepas mengemas and spring cleaning, done with the laundry, I decided to cook for lunch and dinner for my family and in laws.

Tadaaa!

1. Bubur nasi dengan lobak merah, kentang dan daging – untuk Hafiya
2. Sup ayam
3. Sayur campur
4. Ayam masak kicap



Alah, simple je semua ni. Lepas tu goreng telur dadar sekali. Makan dengan nasi panas. Meletops. Aah, ada 2 jenis lauk ayam sebab tak sempat nak defrost daging. Yang untuk porridge Hafiya memang dah siap asing dalam tupperware lain dalam portion yang diperlukan sahaja so untuk dia je sempat nak buat lauk daging. Hehe.

Masak memanglah main campak-campak je bahan dalam periuk tapi yang bab menyediakan bahan-bahan, potong memotong dan membersihkan alatan memasak lepas guna tu yang aduhai tepuk kepala sikit. Hahahaha. Masak 5 - 10 minit je, nak berkemas tu pulak yang makan masa 2 hari (exaggerate, LOL!).

Jadi, (eih tetibe dah kesimpulan? Hewhewhew) hargailah wanita dirumah yang memasak untuk anda. Cakap jelah sedap semuanya walau malam karang terpaksa keluar beli burger sebab tak kenyang.

Lulz.


Wednesday, January 21, 2015

A Weekend Well Spent

As a working mom, I always value my quality time with my kids, especially during weekend.

Last weekend, we spent the Friday morning by having breakfast picnic at the park near Masjid Terapung with our friends. We (bought) packed our breakfast and went there at 9.00am. The kids were all excited as they had an outdoor breakfast and they played together; I brought along some of their toys and books and there was a playground near the park. Our friends brought along their portable folding picnic table and chair to the park and we brought along our picnic tablecloth. Perfect morning weekend for us!

Some of the photos taken at our breakfast picnic day :


Outdoor breakfast under the tree; the nature way at its best.


The beautiful Masjid Terapung at the back.


One for the camera! I love this photo so much! Happiness.

*******
On Saturday, I opened up my art and craft big box and had an outdoor art and craft activities with my lil darlings. I let them chose on the art theme and concept based on their creativity, helped them here and there and we managed to finish the activity together. We had fun making some paper arts, ice cream sticks, drawing and sticker art.

Some of the photos taken during our outdoor art and craft activities :





I love this photo : Khayra was not ready for the camera and Hafiya’s proud reaction (laughing) towards her Kakak’s art. Teehee ;P

 Alhamdulillah for another weekend well spent.


Wordless Wednesday : My Girls #OOTD