+ Sebenarnya bila tahu
Khayra diwajibkan bawa bekal setiap hari ke sekolah tahun lepas, saya suka-suka
sahaja nak buat bekal makanan yang boleh Khayra makan terus masuk mulut supaya
senang dia nak makan, tak kotorkan baju (please excuse my OCD-ness), jimat masa
nak makan (sebab recess dia sekejap je) dan tak messy sangat.
+ Paling mudah dan kenyang
yang saya fikir adalah roti atau pancake. So next step saya fikir macam mana
nak buat roti atau pancake tu supaya senang anak nak makan? Jawapan dia - kena
buat shape kecik–kecik atau potong kecik-kecik sebab senang masuk terus mulut
anak-anak yang comel kan. Saya memang pasang impian nak wajibkan bawa buah-buahan dan vitamin
nanti.
+ Idea saya just
tekap-tekap je guna cookies cutter tu (kebetulan ada a few kat rumah sebab
pernah beli untuk buat cookies). Just kena fikir filling atau inti dan sides yang
berlainan supaya anak tak bosan.
+ Alhamdulillah sepanjang
tahun 2014 saya berjaya sediakan bekal untuk Khayra sepanjang hari persekolahan dan dihias dengan deco-deco serta wajib bawa bersama buah-buahan dan vitamin.
Alhamdulillah juga melalui cara ini, bekal Khayra setiap hari licin.
+ Kemudian, ada kawan saya
inform saya pasal ada group Bento. Bila join tu, rasa seronok sangat sebab
banyak dapat idea dari perkongsian ibu-ibu. MasyaAllah, sungguh kreatif dan
pelbagai bentuk dan resipi saya dapat lihat.
+ Ini adalah antara collection
homemade bekal atau breakfast (alas perut) anak-anak saya pada bulan Januari, 2015.
+ Saya teruja juga ada
ramai kawan rapat yang telah turut serta buat bekal dan bento untuk anak-anak bila
saya ada share gambar di-Facebook, Whatsapp group dan instagram. InsyaAllah,
mana yang baik itu datangnya dari Allah jua.
+ Ada yang tanya saya,
macam mana saya siapkan semua sedangkan saya bekerja dan tiada maid dirumah.
#Tips penyediaan bekal anak (cara saya) :
+ Bangun awal sikit dari
kebiasaan, saya bangun sekitar jam 5.30 pagi. InsyaAllah sempat.
+ Malam sebelumnya dah
kena fikir nak buat bekal menu apa supaya barang-barang semua dah tersedia atau
ada dalam peti atau dirumah. Jadi tak perlu ada alasan tak ada bahan nak buat.
Hehe.
+ Kalau ada jadual lagi
elok. Saya buat juga jadual sendiri just in case tak ada idea dah nak buat apa.
Kalau ada jadual, tak perlu ikut sebijik sejiban sebab tak perlu stress. Jadual
hanya bertindak as a guide.
+ Pastikan bekas-bekas bekal hari sebelumnya dah basuh dan diletakkan bersama supaya senang nak capai. Macam
cara saya, semua alatan deco dan bento ada dalam bekas yang sama, so that
senang kita nak capai dan buat serta tak perlu geledah nak tercari-cari.
+ Alatan deco dan bento,
saya banyak beli dari Daiso, Mr. DIY atau kedai-kedai / shopping malls yang menjual alatan membuat kek.
+ Buah-buahan saya stok
seminggu 1-2 kali. So ada variasi dan tak cepat buruk kalau beli banyak
sekaligus. Potong siap-siap mana yang boleh tahan lama sikit dan masuk Tupperware
letak dalam peti. Nanti nak buat bekal just capai je atau potong sikit je untuk
deco.
+ Stok vitamin, jangan
dilupakan. Saya wajibkan dalam bekal sebab boleh make sure pengambilan yang consistent.
Maknanya after makan semua, anak boleh makan je chewable vitamin tu even waktu
rehat dah habis.
+ Saya cuba elak processed
food sebagai bekal (sosej, fries atau nugget terutamanya). Menu lain seperti nasi, mee, pasta atau nasi goreng saya hias simple sahaja dan belum buat collection secara bergambar.
+ Kadang lepas balik
sekolah atau sebelum tidur, saya tanya Khayra siap-siap nak bawa menu bekal apa
esok. Kita hormati cadangan anak dan bagi peluang anak participate supaya dia
excited yang dia turut menyumbang dalam idea buat bekal. Tentulah anak seronok
kan kita realisasikan idea dia, insyaAllah.
+ Saya hanya bekalkan air
kosong untuk minuman anak-anak.
*InsyaAllah saya akan edit
tips ini dari masa ke semasa untuk panduan masa hadapan.
No comments :
Post a Comment