Nuffnang Ads

Wednesday, February 18, 2015

Random Things - 18th February

+ Bestnya dah hari Rabu! Cuti CNY plus weekend dapatlah 3 hari straight. Itupun dah suka hati sangat-sangat-sangat.

+ Banyak program sebenarnya cuti 3 hari ni, ada majlis tahlil rumah in laws, ada birthday Umi (Happy birthday to my dearest Umi! We love you always!), ada aktiviti dengan anak-anak dan cousins diorang, ada plan nak rearrange wardrobe kids, etc. Harapnya tercapailah segala perancangan. Hehe.

+ School Khayra cuti seminggu starting today. Seronoknya! Rasa nak cuti sama Ahad ni lepak-lepak dengan kids. Jalanraya pun dah lengang pagi tadi.

+ Kerja banyak sebenarnya tapi sebab melibatkan clients Cina, nak minta dokumen pun semua dah bercuti.

+ Ada perkara yang melegakan sudah mencapai kata sepakat, seronok rasa. Tidur senyum malam tadi. Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah. Sungguh, Kau Maha Mengetahui.

+ Disebalik itu ada perkara yang bothering me sikit. Tak apa, kita fikir nanti-nanti. Allah kan ada, tempat kita nak mengadu nasib, berdoa dan memohon pentunjuk-Nya.

+ Dah order foods untuk dibawa ke rumah Umi untuk raikan hari lahir Umi.

+ Semalam Khayra nyanyi lagu sempena sambutan CNY kat school dia dan ada versi Mandarin juga. Nanti kalau rajin, I will upload the video later. Dia siap nyanyikan untuk Teacher Helen, cikgu music class dia masa kelas semalam. Haha. Excited pulak Teacher Helen cerita sebab she can sing in Mandarin. Bahahaha.

OK, till then.


Happy CNY!


1 comment :

ibuwijioya said...

i cuti 4 days straight..jgn jeles..tak sabar menunggu mac tiba..